Sesetengah
orang memang tak tahan dengan bau ikan darat (sungai, paya, tasik). Ikannya Juga berasal dari sungai Pahang.
Kalau yang belum pernah rasa patut mencubanya. Pasti tak menyesal, sudah rasa pasti nak lagi. Insyaallah.
10 ketul ikan patin
3 ulas bawang merah
1 cm kunyit hidup
5 cm lengkuas
3 kuntum bunga kantan
15 tangkai cili padi
10 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur asam keping
5 sendok tempoyak
air secukupnya
garam secukup rasa
3 batang serai
Cara membuatnya :
02.
Buang duri/bisa ikan patin yg ada dekat insang semasa basuh ikan)
Tumbuk bawang merah, kunyit hidup, lengkuas dan cili api hingga lumat.
serai diketuk.
03.
Masukkan air secukupnya di dalam panci dan masukkan serai, bahan-bahan
yang telah ditumbuk tadi bersama dengan tempoyak serta asam gelugur.
Biarkan mendidih.
04.
Masukkan ikan satu persatu. Hati-hati ya, kerana tekstur isi ikan patin
lembut dan mudah terlerai/hancur jika dipegang terlalu kasar.
05. Setelah itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih di atas api yang sederhana.
06. Bila kuah pekat, bolehlah diangkat dan dihidangkan. Enak dimakan ketika ikan patin gulai tempoyak ini masih panas.
Ohh
ya.. untuk menambahkan lagi nikmat masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin
ini juga boleh ditambahkan beberapa lagi jenis bahan antaranya daun kemangi, sayur
Timun Tua, Terung Bulat dan beberapa lagi jenis sayur-sayuran lain
mengikut selera anda.